Event Gallery 2025
MAJLIS ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG (MAGC)
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM
Sesi Akademik 2024/2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan cemerlang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia atas kejayaan yang diraikan dalam Majlis Anugerah Graduan Cemerlang (MAGC) Sesi 2024/2025 yang telah berlangsung pada 28 November 2025 (Jumaat).
Sukacita dimaklumkan bahawa Community Health Society Malaysia (CHSM) telah menaja Hadiah Akademik Perubatan Kesihatan Awam kepada Graduan Doktor Perubatan yang mencapai keputusan terbaik dalam bidang Kesihatan Awam di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.
Majlis ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, komitmen serta dedikasi graduan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepakaran dan bakti demi kesejahteraan kesihatan masyarakat dan negara.
Syabas dan tahniah daripada kami di Community Health Society Malaysia (CHSM)! 
#MelahirkanProfesionalKesihatan







Bengkel Pembangunan Sahsiah Pelajar untuk MPH & DrPH
Alhamdulillah, Bengkel Pembangunan Sahsiah Pelajar untuk MPH & DrPH telah berlangsung dengan jayanya semalam!
Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.Peserta berpeluang meneroka aspek kepimpinan, profesionalisme dan nilai etika yang penting dalam membentuk pakar Kesihatan Awam yang kompeten dan berintegriti.
Semoga ilmu, nilai kepimpinan dan kemahiran insaniah yang dipelajari akan memperkasa perjalanan anda sebagai pemimpin Kesihatan Awam.
Throwback momen bengkel semalam! 
CHSM & Jabatan Kesihatan Komuniti komited menyokong pembangunan modal insan dalam bidang Kesihatan Awam.











AI Agent Workshop 2025 — A Great Success!
Alhamdulillah, the Community Health Society Malaysia (CHSM) has successfully organized the Training Workshop on AI Agent: Usage Apps in Academic and Research on 3–4 October 2025 at Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
The workshop was conducted by Dr. Chong Chou Min from the Faculty of Agriculture, Universiti Putra Malaysia (UPM) and attended by staff from the Department of Community Health, Faculty of Medicine and Health Sciences (FPSK), UPM.
Throughout the session, participants gained hands-on experience in exploring how AI Agent applications can be utilized to enhance productivity, innovation, and research efficiency in the academic and healthcare fields.
A big thank you to all participants for your active involvement and enthusiasm! 
We hope the knowledge and skills shared during this workshop will inspire continuous learning and innovation in the use of artificial intelligence. 
Check out some of the memorable moments from the workshop below








